”Carilah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat”. (Al Hadits)

QS. Al-Hadid Ayat 22:  "Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertu...

De Javu Menurut Islam


QS. Al-Hadid Ayat 22: 

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."

Emm De Javu? pernah mengalami? apa itu De Javu?
Deja vu adalah satu keadaan dimana kita merasa bahawa pernah mengalami situasi yang sama seperti sedang terjadi saatini tetapi seperti kita sudah pernah merasa dan melakukannya terlebih dahulu. Dengan kata lain kita pernah mengalami suatu peristiwa yang sama persis padahal tidak (belum terjadi). Saat mencoba mengingat kambali kapan itu terjadi kita tidak bisa mengingatnya bayang-bayang itu hanya bisa di inga sebagian kecil saja.

Deja vu berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud harfiah (already seen), iaitu pernah melihat sebelumnya. Menurut SyeikhHisham Kabbani, seorang sufi Islam, deja vu terjadi kerana jasad fizikal kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan spiritual yang sudah tertulis di luh mahfudz. 

Menurut kajian seorang doktor Mesir, Professor Ahmad Syauqi Ibrahim yang menulis buku berjudul Misteri Potensi Gaib Manusia, deja vu mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia ketika sedang tidur. Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa tidur itu ibarat mati sekejap. Baginda Rasul sendiri menyebutkan bahawa tidur itu merupakan satu kematian kerana ketika tidur, tubuh tidak mengandungi roh. Pernahkah kita tertanya-tanya ke mana sebenarnya roh kita menghilang sewaktu kita sedang tidur? Saya sering tertanya-tanya tentang hal ini. 

Pendapat Prof. Ahmad Syauqi menyatakan bahawa ketika kita sedang tidur, roh kita keluar daripada tubuh dan menuju ke alam roh, tidak kiralah sama ada masa silam ataupun masa hadapan, tetapi masih berhubungan dengan tubuh badan kita. Saya rasa mungkin itulah sebabnya kadangkala kita pernah melihat mata orang yang sedang tidur bergerak-gerak dan ada juga yang setengah terbuka. Wallahu alam bissawab.

Prof. Ahmad Syauqi membuat teori bahawa roh mampu bergerak dengan sangat pantas, bahkan mungkin lebih pantas daripada kelajuan cahaya. Saat roh kembali ke dalam tubuh, pengalaman yang dialami oleh roh pada masa silam atau masa hadapan kita secara tidak langsung akan tersimpan ke dalam otak. Pengalaman tersebut kadang-kadang akan berulang dalam dunia nyata dan mempengaruhi minda sedar kita. 

Tidak mustahil juga deja vu terjadi kerana Allah telah menceritakan imbasan perjalanan hidup kita di alam roh ketika kita berada di dalam rahim dulu. Tetapi, apa yang kita ingati mungkin cuba sedikit sahaja daripada apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada roh kita.  Seorang ustaz pernah menceritakan kepada saya bahawa sebelum kita hidup, roh memang sudah ada dan berkumpul di satu tempat (alam roh). Mungkin di alam roh kita pernah berkomunikasi dengan roh-roh yang lain, oleh itu wajarlah jika kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah berjumpa seseorang sebelum ini, tetapi tidak tahu bila dan di mana. 

Professor Muhammad Al Ghazali melalui kitabnya Jaddik Hayaatak (Perbaharuilah Hidupmu) menyatakan bahawa tidak ada apa yang baru di dalam hidup ini. Bererti deja vu yang terjadi kepada kita adalah deja vu yang realiti dan bukannya ilusi semata-mata. Jika dikaji tentang tamadun manusia, semua yang terjadi sememangnya berulang-ulang. Perdamaian, peperangan, keadilan, kezaliman, semua yang terjadi kepada kita sememangnya satu putaran. source

Aneh?
Not really kita umat islam tau bahwa kita memiliki kitab yang Allah berikan melalui Rasul kita Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasalam yaitu Al-Quran. Bukankan AlQuran menceritakan kepada kita apa yang terjadi 1400SM dan apa yang akan terjadi di masa depan, AlQuran juga mengatakan tentang penciptaan, tentang utusan-utusanNya, kitab-kitabNya, tentang PembalasanNya, tentang bumu langit, tentang manusia, hewan, tumbuhan, tatasurya, penemuan baru abad ini itu sudah Allah ceritakan di dalam AlQuran.
Semua yang berkaitan dengan mahluknya telah Allah sampaikan kepada kita melalui AlQuran. 

Mungkin kadang-kadang Allah memberi “bocoran” masa depan kepada manusia biasa juga. Hanya saja, kebanyakan manusia tidak bisa melihatnya. Kecuali mungkin sekilas déjà vu yang dialami segelintir orang tadi. 
Wallahu a’lam.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" Al-An’am ayat 59.

0 coment�rios: